Sunday 17 June 2012

Tempahan Karipap 1000 keping..

Lama tak up date blog ni. sibuk sikit dengan wedding adik, lepas tu ada tempahan kuih untuk 1000 orang. 3 hari nak menyiapkan karipap 1000 keping. Buat sikit-sikit bila masa free, mana yang siap simpan freezer. Dapat juga 1000 keping lebih sikit.


Kak Long 0196054293
zuraidah177@yahoo.com


Assistan yang menolong pun rajin jugak tak payah nak kena jerit-jerit. Faham apa yang nak kena buat. Gunakan 3 bag kentang & setengah beg bawang besar. 3 kali jugak lah nak kena masak inti kentagnya. Pagi sampai ke malam penuh aktiviti mengentel karipap je. Dari hari Rabu hingga lah ka hari jumaat sebelum balik ke Masjid Tanah.


Kak Long 0196054293
zuraidah177@yahoo.com


Jumaat petang tu bila dah siap semuanya baru lah di angkut bawa balik Masjid Tanah nak goreng di sana. Itu pun handphone ni tak henti-henti berbunyi menayakan bila nak sampai sana? Biasalah Mami.....jadi sabar je la... Awalnya Mami kata nak tolong gentel karipap, tapi kitorang bawa balik karipap yang dah siap 1000 keping. cuma tinggal nak goreng je..


Kak Long 0196054293
zuraidah177@yahoo.com

Malam tu jam 12 tengah malam mula mengoreng sampai lah siap semuanya digoreng jam 4.30 pagi. Lepas tu Abg Long hantar karipap tu ke Tmn Peruna untuk di bawa sekali dengan Nasi Lemak, Teh Panas & Kopi O ke Bacang. Penat & mengantuk tak payah cakap. lepas dah hantar. Abg Long lah yang pergi hantar semua tu dengan driver lori ke padang Tmn Bacang Baru..


Kak Long 0196054293
zuraidah177@yahoo.com


Kak Long 0196054293
zuraidah177@yahoo.com


Majlis serasi bersama rakyat  di hadiri seramai 3000 orang. Pagi itu aje berbus-bus PLKN masuk hantar perserta PLKN ke situ..